Skip to main content

SEJARAH SEKOLAH

Diasaskan pada tahun 1948 oleh Encik Misron b. Hj Taib, Ketua Kampung Tanjung Sepat dengan menumpang bangunan surau. Murid yang belajar ketika itu seramai 25 orang, lelaki dan perempuan. Murid tersebut hanya diajar membaca, menulis dan mengira sahaja. Waktu belajar ialah pada pukul 2.00 petang hingga 5.00 petang. Penubuhannya atas kesedaran orang kampung tentang pentingnya pelajaran.


Awal tahun 1950 penduduk kampung membuat bangunan secara gotong royong dengan keluasan 30 kaki x 20 kaki. Pada bulan Mei 1951 pula, ditambah lagi dengan bangunan yang dibina secara bergotong-royong oleh penduduk setempat. Seramai 43 orang murid (lelaki dan perempuan) telah menggunakan bangunan tersebut pada bulan Ogos 1951.

Atas usaha gigih penduduk setempat, kerajaan telah mengiktiraf Sekolah Melayu Tanjung Sepat pada 14 0ktober 1951. Dua orang guru terlatih telah ditempatkan di sekolah ini iaitu Cikgu Abd. Rashid b. Doya selaku Guru Besar dan Cikgu Idris b. Kahar sebagai Guru Penolong.

Pada bulan Mei 1960 pihak kerajaan telah membina bangunan baru yang mengandungi tiga bilik darjah dan sebuah pejabat Guru Besar. Bangunan ini dibina di sebuah tapak seluas 4.3 ekar, Lot 1164 di mana tapak sekolah yang ada sekarang.

Pada tahun 1969, Sekolah Kebangsaan Tanjung Sepat menerima percantuman pentadbiran dengan Sekolah Asli Tanjung Sepat. Murid-murid asli tahun tiga dan seterusnya mulai belajar dengan murid-murid lain di sekolah ini.

Pada tahun 1975 seramai 271 murid telah belajar di sekolah ini manakala tahun 1984 pula, seramai 34 orang. Tahun demi tahun bilangan murid semakin bertambah sehingga pada tahun 1986 terpaksa menumpang di Sekolah Agama Tanjung Sepat disebabkan keuzuran bangunan yang dibina pada tahun 1960.

Tahun 2006, Sekolah Kebangsaan Tanjung Sepat mempunyai 675 orang murid, 42 orang guru dan 5 orang kakitangan bukan guru. Bangunan baru makmal komputer dan rumah guru yang telah siap dibina dapat memberi kemudahan kepada guru-guru dan murid-murid di alaf baru. Semoga sekolah ini terus maju dalam pelbagai aspek.

Comments

Popular posts from this blog