Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2013

SEJARAH SEKOLAH

Diasaskan pada tahun 1948 oleh Encik Misron b. Hj Taib, Ketua Kampung Tanjung Sepat dengan menumpang bangunan surau. Murid yang belajar ketika itu seramai 25 orang, lelaki dan perempuan. Murid tersebut hanya diajar membaca, menulis dan mengira sahaja. Waktu belajar ialah pada pukul 2.00 petang hingga 5.00 petang. Penubuhannya atas kesedaran orang kampung tentang pentingnya pelajaran. Awal tahun 1950 penduduk kampung membuat bangunan secara gotong royong dengan keluasan 30 kaki x 20 kaki. Pada bulan Mei 1951 pula, ditambah lagi dengan bangunan yang dibina secara bergotong-royong oleh penduduk setempat. Seramai 43 orang murid (lelaki dan perempuan) telah menggunakan bangunan tersebut pada bulan Ogos 1951. Atas usaha gigih penduduk setempat, kerajaan telah mengiktiraf Sekolah Melayu Tanjung Sepat pada 14 0ktober 1951. Dua orang guru terlatih telah ditempatkan di sekolah ini iaitu Cikgu Abd. Rashid b. Doya selaku Guru Besar dan Cikgu Idris b. Kahar sebagai Guru Penolong. Pa...